Saturday 1 August 2015

Kerana persepsi, semua tentang 1MDB dianggap buruk - Najib


Kerana persepsi, semua tentang 1MDB dianggap buruk - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kesahihan sesuatu berita itu perlu diselidiki sebelum mana-mana pihak dikatakan bersalah atau tidak. - Gambar Fail
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Run Razak kecewa dengan persepsi fitnah orang ramai terhadap 1Malaysia Development Berhad, (1MDB) sehingga menyebabkan syarikat itu dianggap buruk.

Sedangkan, Perdana Menteri berkata, 1MDB mempunyai jasa yang banyak terhadap rakyat.

"Tetapi oleh kerana persepsi, fitnah memenangi fikiran rakyat maka satu kebaikan yang dibuat boleh menjadi sebaliknya semata-mata pembelian itu mempunyai kaitan 1MDB," katanya yang menjadikan pembelian sekeping tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) sebagai contoh.

"Jasa 1MDB banyak. Pelbagai bantuan diberi. Namun kerana persepsi, semua tentang 1MDB dianggap buruk," kata Najib ketika memberi ucapan di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji kepada para imam dan Pengerusi JKKK dan JKKP seluruh negara di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya petang tadi.