Saturday 22 August 2015

Tiada Siapa Boleh Cabar Atau Rampas Kedudukan Saya - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tiada seorang pun yang boleh mencabar atau merampas `amanah suci’ yang diberikan kepadanya oleh rakyat sebagai pemimpin utama negara ini


Menerusi posting yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook miliknya, hari ini, Najib berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri untuk membuat keputusan terbaik untuk negara.

“Kerana rakyat yang memilih saya, saya berbangga dan merendah diri untuk memikul mandat itu – yang hanya rakyat boleh memberi dan mengambilnya semula.

“Ia bukan milik mana-mana individu,” katanya.

Media akhir-akhir ini melaporkan segelintir pemimpin pembangkang juga kerajaan dikatakan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang akan diusulkan di Parlimen.