Tuesday 28 July 2015

Bae Yong Joon & Park Soo Jin telah selamat berkahwin


Pasangan in secara Sah nya telah di laporkan berkahwin pada 27/7/2015 di Sheraton Grande Walkerhill Hotel.

Bekas presiden India Abdul Kalam meninggal dunia



Bekas presiden India Abdul Kalam meninggal dunia


New Delhi
 – Bekas presiden India APJ Abdul Kalam meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas rebah ketika menyampaikan syarahan di Shillong, Meghalaya pada kira-kira 9 malam (11.25 malam waktu Malaysia).
Laporan awal oleh media tempatan India menyatakan Dr Kalam mengalami serangan jantung.
Bekas presiden itu rebah semasa menyampaikan syarahan di Indian Institute of Management di Shillong pada kira-kira 6.30 petang (9 malam waktu Malaysia) dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia dua setengah jam kemudian.


Sebaik sahaja berita tentang kematiannya diumumkan, kalangan ahli politik dan ahli akademik menzahirkan penghargaan terhadap jasanya terutama dalam bidang pendidikan teknologi nuklear dan sains.
Anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu itu merupakan presiden ke-11 India dari 2002 hingga 2007.
Dr Kalam juga dikenali sebagai “missile man of India” dengan wawasan menjadikan India sebagai negara kuasa besar pada 2020.
Beliau banyak menyumbang ke arah usaha pembangunan wanita dan kanak-kanak dengan menggalakkan pendidikan dan celik huruf dalam kalangan penduduk miskin tegar.

Hulk Hogan dipecat WWE kerana terlanjur



World Wrestling Entertainment (WWE) mengambil langkah drastik memecat Terry Bollea selepas rakaman menunjukkan dia berbahasa perkauman dalam pita seks tersebar.

Jika anda kurang biasa dengan nama Bollea, cuba pula ini: Hulk Hogan.

Ya, Bollea dan Hogan adalah orang yang sama.

Menjadi pujaan ramai di dalam dan luar gelanggang, dia mencemar namanya apabila didapati memberikan kenyataan rasis dalam rakaman video seks Hogan dengan isteri rakannya,  DJ Bubba “The Love Sponge” Clem.

Media AS melaporkan, mereka mendapat maklumat daripada sumber berbeza bahawa kandungan dalam pita itu - yang menjadi bahan bukti dalam kes mahkamah Hogan - berisi perbualan menghina kaum lain.

Antara dialog dalam pita itu ialah kenyataan Hogan: "Saya rasa kita semua ada sedikit rasis." Hogan juga berkali-kali menggunakan istilah Nigga (merujuk kepada orang kulit hitam).

Terbiasa berbahasa kesat

Perkembangan itu didedahkan ketika Hogan bersedia mencabar rangkaian media dalam talian, Gawker Media yang menuntut penggusti itu membayar AS$100 juta (RM381 juta) di mahkamah Florida.

Dalam kenyataan media semalam, Hogan memohon maaf atas komen dibuatnya.

“Lapan tahun lalu saya sering menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Saya tidak dapat menerima yang diri saya menggunakan bahasa kesat; malah tiada alasan untuknya. Saya minta maaf kerana melakukannya.

“Ini bukanlah diri saya sebenar. Saya percaya semua orang di dunia sangat penting dan tidak harus dilayan berbeza kerana kaum, jantina dan kepercayaan. Saya amat kecewa dengan diri saya kerana menggunakan bahasa kesat dan ia tidak selaras dengan kepercayaan saya,” katanya.

Hampir setiap rujukan mengenai Hogan didakwa dipadam dari laman sesawang WWE petang semalam, manakala barangan jualan yang bertemakan nama Hogan juga dihentikan dari kedai dalam talian.

Jurucakap WWE Annie Kruger mengesahkan kontrak Hogan ditamatkan. Bagaimanapun, katanya, organisasi masih belum dapat mengesahkan punca kejadian.

Kenyataan dimuat naik organisasi berkenaan menyatakan, WWE komited untuk meraikan individu dari semua latar belakang kerana kepelbagaian pekerjaan masing-masing dan peminat di seluruh dunia. 



Sumber: MALAYSIAKINI

Sunday 26 July 2015

Live stream Manchester united vs Barcelona 2015




                                        Live stream Manchester united vs Barcelona 2015







                                                                WATCH HERE

Thursday 23 July 2015

Red Bull Vs Barcelona 2015

>> LIKE & SHARE.!! On Facebook
__________________________