Sunday 23 August 2015

Saturday 22 August 2015

Gaya Selebriti Di Anugerah Lawak Warna 2015
















Keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 Astro


Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 Astro. Malam berprestij Anugerah Lawak Warna kini bersiaran secara langsung pada Jumaat 21 Ogos 2015 bertempat di Dewan MAEPS Serdang. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi Astro Warna dan Mustika HD bermula pada pukul 9.00 malam. Berikut adalah keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2015.
keputusan
Keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 Astro


Artis Komedi Lelaki Paling Popular
  • Jep Sepahtu


Artis Komedi Wanita Paling Popular
  • Sharifah Sakinah


Artis Lawak Duo/Berkumpulan Paling Popular
  • Sepahtu



Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman
  • AR Badul


Pengacara Komedi TV Paling Popular
  • Dato Ac Mizal


Filem Komedi Terbaik
  • ‎GilaBaby – ‎Prime works Studios


Telemovie Komedi Terbaik
  • Jihan Nak Buat Rumah Terbuka-KL Motion


Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
  • ‪Beto Kusyairi‬- GilaBaby


Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) ‪
  • Nadiya Nisaa‬- GilaBaby‬


Rancangan Komedi Hiburan Terbaik TV (Bukan Bersiri)
  • Super Spontan 2014


Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
  • Shaarnaz Ahmad


Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
  • Jihan Muse


Komedi Hiburan Terbaik TV (Bersiri)
  • Karoot Komedia X Siri 3


Pengarah Komedi Terbaik (Filem)
  • Khabir Bhatia- GilaBaby‬


Pengarah Komedi Terbaik (TV)
  • Syed Khairul Farez- Jihan Nak Buat Rumah Terbuka‬


Siri Drama TV Komedi Terbaik ( Bersiri )
  • Keluarga Iskandar 2


Skrip & Lakon Layar Komedi Terbaik (FILEM)
  • Gila Baby- Alfie Palermo dan Khabir Bhatia
Skrip & Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
  • Mazlan Manan- Cinta Kedua


Sumber: Keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 Astro | melvister.com 

Tiada Siapa Boleh Cabar Atau Rampas Kedudukan Saya - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tiada seorang pun yang boleh mencabar atau merampas `amanah suci’ yang diberikan kepadanya oleh rakyat sebagai pemimpin utama negara ini


Menerusi posting yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook miliknya, hari ini, Najib berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri untuk membuat keputusan terbaik untuk negara.

“Kerana rakyat yang memilih saya, saya berbangga dan merendah diri untuk memikul mandat itu – yang hanya rakyat boleh memberi dan mengambilnya semula.

“Ia bukan milik mana-mana individu,” katanya.

Media akhir-akhir ini melaporkan segelintir pemimpin pembangkang juga kerajaan dikatakan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang akan diusulkan di Parlimen.

Wednesday 12 August 2015

[Video] Ancaman penggodam Anonymous Malaysia


Ancaman penggodam Anonymous Malaysia sangat serius - Pakar

Kumpulan hacktivis Anonymous Malaysia menerusi sebuah video mengumumkan perang siber terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan dalam video tersebut, Anonymous mengancam untuk melancarkan serangan pada 29 dan 30 Ogos, mulai jam enam petang hingga 11 malam.

Laman yang menggunakan gov.my dan edu.my menjadi sasaran bukan kerana sistem pertahanannya lemah tetapi merupakan kepentingan kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang dikatakan menjadi sasaran utama ancaman Anonymous terbaharu ini.

Kumpulan tersebut mendesak Najib untuk meletak jawatan jika mahu mengelak serangan siber ke atas Malaysia.

Anonymous mendakwa serangan dirancang itu bakal menjadi serangan yang melumpuhkan rangkaian internet terbesar di dunia.

Laman web yang menjadi sasaran utama adalah laman milik 1MDB, NajibRazak.com, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia(PDRM).

Anonymous turut mengancam untuk melancarkan serangan terhadap 150 laman web lain dalam tempoh 48 jam jika permintaan mereka ditolak.

Tuesday 11 August 2015

Anwar: Ini caranya Najib bayar hutang budi itu?



Sumber : Malaysiakini
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ketua umum PKR yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh. Kenyataan ini disampaikan melalui peguamnya.
Negara di dalam krisis ekonomi dan politik, namun kerajaan BN bagai tidak mampu atau tidak mahu mengambil tindakan yang tegas dan pantas.

Dakwaan berat terhadap perdana menteri di dalam skandal kewangan 1MDB telah ditambah dengan kejadian-kejadian terkini, termasuk pemecatan peguam negara dan gangguan yang jelas terhadap SPRM.

Akibatnya nilai mata wang ringgit telah merudum ke tahap yang amat rendah dan keyakinan pelabur terus hilang; ini akan mendatangkan kesan amat buruk terhadap kehidupan rakyat.

Namun Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau kelihatan lebih mementingkan masa depan politik diri mereka sendiri berbanding masa depan negara.

Dengan tidak memberi penjelasan dan tidak mengambil tindakan yang pantas, seluruh kabinet dan BN terlibat dan bertanggungjawab di atas krisis ini.

Sejak merdeka malah sebelumnya lagi, begitu ramai rakyat patriot yang telah berkorban demi membina, mempertahan dan memakmurkan negara ini, termasuk angkatan tentera dan pasukan polis.

Adakah begini caranya Datuk Seri Najib dan konco-konconya membayar balik hutang budi itu? Dengan memacu negara menuju ke tebing kehancuran?

Saya menggesa semua parti dan pemimpin politik, dan para wakil rakyat, untuk mengetepikan perbezaan di kala krisis ini.

Ketengahkan kepentingan negara dan rakyat dan ketepikan perkiraan lain.

Dengan keberanian dan ketegasan, kita masih mampu mengatasi krisis ini, dan memulakan proses reformasi, mengembalikan demokrasi, dan menyelamatkan Malaysia.

Tapi kita tak punyai banyak masa, kita mesti bertindak segera.




Banjir Di Puncak Alam




Jalan di limpahi air






Monday 10 August 2015

(Gambar) KLCC Dalam Pembinaan











Foto bogel mirip pelakon drama bersiri tersebar


Foto bogel mirip pelakon drama bersiri tersebar

Peminat drama tempatan kini kecoh dengan tersebarnya sekeping foto bogel mirip Prilly Latuconsina di Twitter. Bintang sinetron Ganteng-Ganteng Serigala (GGS) ini juga dikatakan telah melihat foto berkenaan bagi tujuan pengesahan.

Prilly walaubagaimanapun tidak cepat melatah. Gadis 18 tahun ini menganggap foto itu cuma suntingan untuk menghancurkan imejnya.

"Beberapa bulan lalu, aku pernah fotonya diedit menjadi foto sedang telanjang. Dia nge-postnya di Twitter, aku diamkan saja karena itu kelihatan banget editannya," kata Prilly di Jambore, Cibubur, Jakarta Timur, Selasa (28/7), seperti dikutip Liputan 6.

Prilly Latuconsina tidak bimbang, malah memberi nasihat kepada yang menyunting fotonya agar belajar lebih lagi supaya suntingan lebih cantik.

"Justru yang di-bully pelakunya. Karena itu bukan badan aku banget, aku kecil tapi badannya di foto itu tinggi. Orang-orang juga sudah tahu kalau itu bukan foto aku," ujarnya.

"Harusnya kalau dia mau ngedit belajar dulu biar terlihat asli," tambah Prilly.

Tak pakai seluar dalam, separuh bogel, artis wanita muncul tanpa diundang


Tak pakai seluar dalam, separuh bogel, artis wanita muncul tanpa diundang


Aktres Korea Selatan Noh Su Ram mencetuskan kontroversi apabila hadir tanpa diundang ke majlis anugerah ‘The 35th Blue Dragon Film Festival’ yang berlangsung di Seoul dengan memakai gaun seksi sehingga mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Portal Koreaboo melaporkan insiden yang berlaku pada 17 Disember itu telah mengejutkan ramai pihak sehingga pelakon tersebut menjadi topik hangat di Korea.

Gaun seksi yang dikenakan oleh Noh Su Ram itu hanya menutupi bahagian penting tubuhnya. Malah dia juga kelihatan begitu yakin beraksi di hadapan kamera semasa acara karpet merah berlangsung.

Menurut jurucakap festival filem itu, pihak mereka tidak mengundang Noh Su Ram untuk hadir ke acara tersebut termasuklah acara karpet merah.


“Kami tidak memberikan sebarang jemputan kepada Noh Su Ram malah dia juga hadir dengan yakin sambil memakai pakaian yang agak tidak bersesuaian.

“Hanya pelakon dan pemberi anugerah yang dijemput sahaja hadir ke festival tersebut dan Noh Su Ram adalah satu-satunya artis yang datang tanpa diundang.” katanya.

Gaun Noh Su Ram yang menjadi kontroversi di Korea
Tambah sumber lagi, untuk menghormati tetamu adalah mustahil bagi pihak mereka untuk menyuruh pelakon tersebut pulang.

“Atas sebab-sebab tertentu adalah mustahil bagi pihak kami untuk menyuruh seorang artis yang bersusah-payah bersiap untuk hadir ke festival itu.

“Namun disebabkan tempat duduk semunya telah penuh dengan tetamu yang hadir melalui jemputan pihak kami tidak dapat membenarkan dia masuk.” Jelas sumber.

Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana aktres itu mengambil keputusan untuk pulang selepas hadir ke acara karpet merah.

Insiden itu menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dan Noh Su Ram telah dikecam di laman sosial dan dilabel sebagai artis yang sengaja mencari publisiti murahan.

DAP sambut cabaran Najib dedah dana parti


DAP sambut cabaran Najib dedah dana parti



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata parti itu menerima cabaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi mendedahkan maklumat mengenai dana politik masing-masing.

Bercakap di satu majlis di Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Lim menyebabkan hadirin ketawa apabika berkata, Najib mungkin berfikir parti itu sedang bermain guli dan melontarkan cabaran kepada DAP.

"(Najib berkata) Kamu tunjukkan kepada saya kamu punya dulu, kemudian saya akan tunjukkan saya punya? Apa jenis perdana menteri macam ni?" kata Lim disusuli gelak ketawa orang ramai.

Najib ketika menepis tuduhan salah laku dana awam sebelum ini mengaku menerima dana RM2.6 bilion dari luar ke akaun persendiriannya.

Mendakwa ia adalah untuk kegunaan parti, perdana menteri kemudian berkata, Umno boleh mendedahkan maklumat kewangan sumbangan dananya dengan syarat parti pembangkang melakukan perkara sama.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sebagai kerajaan negeri yang menjalankan pentadbiran telus DAP tidak takut untuk mendedahkan sebarang dana sumbangan yang diterimanya.

Katanya, ketua menteri, ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen di Pulau Pinang mengisytiharkan harta masing-masing mengikut tempoh ditetapkan sejak 2008 setelah mereka merampas negeri itu daripada BN.

"Kami telah menunjukkan segala-galanya. Jika (anda) mahu tunjuk, tunjuklah. Kami tidak takut.

"Kita boleh duduk semeja dan tunjuk. Bendahari kami adalah Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang). Adakah anda rasa dia takut untuk dedahkan?

"Kami menerima cabaran daripada Najib," katanya.
SUMBER : MALAYSIAKINI

Najib Kurang Sokongan Di Johor .


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk merasmikan mesyuarat agung perwakilan Umno Pasir Gudang pada awalnya dijangka 'panas' tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Perwakilan kelihatan mengambil sikap berdiam diri dan menunjukkan seolah-olah tidak berminat mendengar amanat disampaikan presiden mereka dalam ucapannya.

"Saya rasa begitu terharu Umno Pasir Gudang menerima dengan sepenuh hati ketibaan saya," kata Najib ketika memulakan ucapan beliau.

Bagaimanapun, bukan tepukan gemuruh yang menyusuli kata-kata Najib itu, sebaliknya hanya segelintir hadirian bertepuk tangan.

Dalam ucapannya, Najib mengacah mahu menarik semula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), namun hanya beberapa perwakilan yang memberi respon.

Berbanding ketika ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin (gambar), perwakilan kelihatan lebih bersemangat dan menyambut baik ucapan yang disampaikan.

Malah ketika ucapan itu berakhir, perwakilan berdiri sambil bertepuk tangan meraikan Khaled.

Kurang semangat sikit

"Umno Johor mengambil ketetapan bahawa urusan kerajaan adalah budi bicara mutlak seorang Perdana Menteri. Ia mesti dihormati dan didukung. Walau pada hakikatnya ada dikalangan kami yang terluka," kata Khaled seklai gus disusuli tepukan dan sorakan.

Kenyataan itu dibuat merujuk kepada penggguguran bekas Menteri Besar Johor yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet Najib pada 28 Julai lalu.

Sementara itu, perwakilan yang di temui memberikan respon yang rencam.

"Ucapan PM bagus [...] tapi cara dia cakap kurang semangat sikit, dia slow saja. Jadi kami tak teransang.

"Sebaliknya ucapan menteri besar yang sangat jelas," kata Naib Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Rumah 10, Mohd Rizwan Mohd Daim kepada Malaysiakini.

Seorang lagi perwakilan yang ditemui berkata, beliau kecewa dengan ucapan Najib.

Selain menganggap Najib tidak menjawab yang sepatutnya, dia berkata: "Lain ditanya, lain dijawab".

Kehadiran Najib di Johor memang menjadi perhatian kerana negeri itu diketahui adalah kubu kuat parti berkenaan.

Namun pada masa sama sebahagian ahli dipercayai kurang senang kepada Najib ekoran tindakan beliau menggugurkan Muhyiddin.

Minggu lalu, Umno Kluang meluluskan usul mendesak Najibmenjawab soalan mengenai 1MDB dan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Sementara itu semalam, Umno Parit Sulong mendedikasikan sebuah sajak berbau antikerajaan bagi menggambarkan perasaan ahli akar umbi di kawasan itu supaya tidak diperlekeh atau dikhianati.