Saturday 17 September 2011

Hantu Bonceng 2011


Filem arahan Ahmad Idham, 'Hantu Bonceng' melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah dari segi kutipan apabila mencatat RM8.35 juta. Ini selepas ia ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos.

Dibintangi Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin, ia telah ditonton hampir 860,000 penonton setelah ditayang selama 2 minggu.